Tuesday, August 25, 2009

baca rajin, tulis malas

aku tak rajin nak tulis hari-hari. cuma bulan puasa ni, ada banyak ruang. sebab seperti kebiasaannya aku 'bercuti' di bulan puasa. jadi tulis bolog bolehlah dijadikan sebahagian aktiviti memenuhi ruang kosong. aku amat suka blog hopping atau blog walking. suka sangat baca tulisan orang dan blog yang berwarna-warni. tapi aku sendiri malas nak tulis. malas nak update. malas nak mewarnakan blog. mungkin dlm bulan puasa ni akau jadi lebih rajin. pada rakan yang sudi datang, doakanlah aku rajin menulis. ye.....

Friday, August 21, 2009

aku belum cukup tegar

aku belum cukup tegar. meladeni perasaan. menguasai emosi. aku gagal memenuhi janji. maafkan aku. tatkala tiba waktu itu, aku dikuasai gelisah, ditahani resah. bukan, bukan aku membencimu. tidak, tidak aku menolakmu. berikan aku masa. luangkan aku ruang.
aku belum kuat. aku belum yakin.aku belum pasti.
sekali lagi maaf.
ku pohon pengertianmu. ku pohon kesabaranmu. ku pohon kerelaanmu.
buat sementara ini, aku lebih senang begini. aku lebih tenang begini. izinkan buat masa ini aku begini.
aku mengalah. aku kalah. aku undur sebelum waktu.
jangan, jangan kau silap tafsir. usah, usah kau undur diri.
sekali lagi ku pohon pengertian mu. doakan kita tetap bersama. satu masa. satu ketika

Tuesday, August 18, 2009

mengejar pelangi saduran emas

aku gugup. kaget. panik. hari nilah janji temu kita. buat pertama kali. perkenalan kita bemula di telefon. seorg di hujung sana. seorg di hujung sini. seorg di p.j. seorg di pantai. kenapa aku setuju. sdgkan sejak dua bulan dh aku menolak permintaannya itu. aku malas nak dating2. akau malas nk jumpa berdua. berdua-duaan. ish, tk biasala. dlm pd tu aku terus bersiap jugak. ku perhati jam di meja. hampir jam 11:00. aku tkde masalah dgnmu. aku tau kau org baik. kau tk pernah meninggi suara. kalau aku merajuk, kau akan pujuk. meski kadangkala rajukku berhari-hari. kalau aku melenting, marah-maha. kau hanya berdiam. menahan sabar. kau org baik. aku tahu itu. cumanya aku rasanya belum sedia. belum sedia…sampai kapan? sebetulnya aku belum yakin. belum yakin? apa lagi yg perlu ku tunggu utk meyakinkan diri ini bhw kaulah orgnya. lelaki itu... lelaki yg gentleman. bukan sekadar lelaki jalang yg bersiut setiap kali perempuan cantik lintas di dpnnya. kenapa apakah fikiranku jadi celaru, kala begini. sesudah pelawaanmu ku setujui?
detik semakin hampir. sekejapan lagi...aku makin gelisah. sejak mlm tadi lenaku tk jelma. resah...