Wednesday, December 23, 2009

bila buat silap, mengaku sajala

ape jadik kalau nk janji dgn seseorg lps tu engko telupa nk pasang alarm pd hp. waktu janji temu (guna bm baku ni...) dh lah pepagi buta (pg buta amenda kul 8 am). sesedar jek dh kul 8.30. gelabah babun nko, bila dia kata dh 120 kali call tk angkat hp, dah 128 sms tk berbalas...
so, apa tindakan nko?
apa alasan nk beri?
berlaku lurus & mintak maaf sajalah. memang salah kita kan.
tapi kalau org tu tk nak terima cemana?
kena pujukla. ayat sket. belanja mkn ke. ape yg patut la.
kalau dia still merajuk gak macam cemana?
weh...berapa punya bnyk kalau la...
memang dh terlajak nk buat cemana kan. terimalah hakikat. walau kena hamput sekalipun. wat muka buduh jela. muka spongebob ke, muka doraemon ke..
jgn jwb ape2 kalau kena sumpah seranah.
tp rasanya bila nk mintak maaf, dia akan cool la sikit kan.
dan...aku bernasib baik. dia kembali cool slps mula2nya mukanya sudah bertukar hijau & bajunya sedikit koyak...hu hu
janji temu ke tempat yg septutnya pergi, atas sbb2 yg tdk dpt dielakkan (piiiraah...) terpaksa ditunda ke tarikh yg akan dimaklumkan kemudian.
agenda hari tu digantikan dgn sesi makan2 & tengok movie
...setel

Thursday, December 17, 2009

ke manakah gerangannya hp ku itu menghilang diri

ye haa. aku menulis lagik. utk entri pertama bulan ni...he he.
busy sket ujung taun ni. ape buleh buat, keje mkn gaji, mcm ginila.
apeape hal nk cite skt pasal semlm.
ntah apa kejadahnya boleh tertinggal hp aku.
menggagau aku mencarinya. ni sume sara punya pasalla (sowey fara).
tk nyempat nk blah masa mkn kat pavi td.
dh sampai dlm cab baru perasan. mintak pakcik cab pusing blk.
dhla semua mak nenek ada dlm hp tu. tk ke naya...kalau ilang.
maka tatkala itu arakian, berlarilah aku ke tmpt mkn td itu.
sib tk pakai high heels, ari ni pakai sandal jek.
tertonggek-tonggek jugak la berkejar.
pastinya mata2 jantan buaya melihatku berlari terasa horny... 00ps teruja(uweh weh...)
kalau ilang pun mesti kutu yg duduk kat2 situ.
sbb masa aku tipon dr dlm cab, sunyi sepi, tk de tone apa-apa.
kenapa apekah ini terjadi pd diriku, tatkala masa begitu mencemburui (apa kes doh...)
sampai di sana, dgn nafas termengah-mengah macam baru lepas....?
seseorg menegurku....jens jeng jeng...tara ku char char...(music latar...!)
- seorg mamat cute, yg pakai uniform, yg aku syaki staf di situ, yg juga merupakan salah seorg suspek utama dlm misteri kehilangan hp aku -
"cik tertinggal hand phone kan tadi?"
yes...yes ...yes!
legaaaa...
lalu aku berikan french kiss pd mamat cute itu (nak mampooss?!...)
"thanks yek, kalau tk tak tau apa nk jadik.."
mamat cute senyum je. balik rumah tentu dia mimpikan aku....awek cun yg pakai baby t merah, skirt kontot, spek itam - yg tertinggal hp masa mkn, yg jgk tempt keje dia.

Thursday, November 19, 2009

pakai nipis di musim hujan

malas nk drive gi sana. so aku cadang nk naik lrt jek.
tp saat akhir ubah fikiran.
sbb nak parked kereta kat parking, sesilap hujan lebat, banjir.
habis kereta mahal aku tuh...
so naik cab jelah.
abg cab ni plak. bila kita layan sket, mulalah lebih-lebih. ngada.
nk menggatal la tuh. taulah skrg musim hujan. sejuk.
tp kena kerja jgk. tk boleh peluk bini.
nk panaskan diri dgn awek cun mcm aku, sowey yek.
entah apa ke hal, raptai penoh hr ni tk berapa nk ada mood. mood bermalas-malasan ujung thn dh sampai kot. kenalak pakai dress nipis2. tk patot betul. musim hujan, musim banjir kan. ikutla perkembangan...hu hu. ape pon, penganjur buat, kita ikot je.
mkn tgh hari dibaginya mcm kita kebulur nak melantak sgt.
nk dimakan, lari diet. tak nk dimakan, perut mengeroncong.
sedap-sedap belaka lak tu. tp mak datok, punyala heavy. memangla rakyat m'sia ni kaki makan. kuat makan.
persen obesiti pun dh makin meningkat. habis tu, asyik makan jek.
entah apa yg aku merepek & merapek ni pun aku tk reti.
nk tidor jap. mlm kang, ada kerja lagi nk attend.
ape-apehal aku ngorok dulu ya seh!

Tuesday, November 17, 2009

layla, sila pulangkan dress merah aku

layla, bukankah aku bg pinjam je, baju tu.
ngape kau buat jadik kau punya harta.
aku tau, kau tkkan baca blog aku. sbb engkau tk reti nak akses internet pun.
itula, suruh belajar tinggi, tk mau. keje nk menggtal sgt kat sekolah dulo.
hah, amik kau skrg buta ICT. nk godek, lap top pun tk berani bukak.
namun begitu, walau bagaimanapun, aku tetap jgk nk tulis entri ni.
aku pun tk paham ngape.
ape kejadahnya, kata wan kamarudin edisi siasat (btw, mana peginya mamat ni hek?)
layla,
aku tau kau memang cun. walaupun tak se cun aku.
size baju kita sama. kalau tk sama pun, kau sauk jgk kan.
dasar pompuan kemaruk.
baju tu mahal wey...
sugar mummy aku yg belikan. tp tu kata diala, kunun.
yg aku dpt tau dpd org lain, citernya, tu baju sponsor.
tp bila dh sugar mummy kata dia bg present kat aku, maknanya, dress tu aku punya la kan kan kan.
kpd layla, yg memang tak baca blog ni,
aku seru kengkawan , sedara mara dia, adik beradik dia, housemate dia, kwn sekolah dia yg baca, pak guard kondo dia, mak cik jual nasik lemak yg layla selalu beli pepagi ahad, mat rempit yg pernah nk langgar dia, mat skodeng yg pernah panjat balkoni ngintai layla...
pendeknya, tapi panjang, siapa sj yg kenal layla yg baca blog ini, agar memberitahu layla akan perihal ini.
kpd pendengar radio sinar fm atau hot fm, sila uar-uarkan, bhw nama layla, sudah aku jaja dlm blog.
PULANGKAN.....!!!

(sowey layla, aku memain je...nanti aku belanja cendol yek)

Friday, November 13, 2009

aku yang bukan aku

walaupun blog aku tak happening. walau blog aku tak cantik. walau aku malas nk update. tapi masih ada kengkawan yg sudi dtg.
tp semua mrk pelik & ajaib. bukan sbb blog ni hebat sgt. tapi mrk heran sbb entri di dlmnya byk yg jiwang & monolog diri aku. bukan aku yg sebenar. yang ceria. nakal. kepoh. dan mulut takde insurance.
mrk suruh aku jadi aku. mrk mintak aku bubuh entri yg ceria. bukan muram & suram. sedih & kecewa. kalau boleh bubuh gambar aku yg anggun, menawan & seksi (seksa?) itu. aku katakan, tak boleh. nanti boss marah. ejen. majikan marah. sponsor tarik balik sponsorship. penganjur tk nak panggil dah. cameraman, jauhkan diri. takut over exposed...
tapi okeylah. aku akan cuba tukar penampilan dlm blog. dgn entri lebih bermaya. lebih ceria. lebih aku!

Wednesday, November 11, 2009

lurusku jangan dijadikan tempat pijak

mengalah bukan bererti lemahnya aku.
diam bukan bermakna aku telan segala kenyataan itu.
jika berundur adalah jalan terbaik. aku sedia. aku rela. aku pasrah. aku redha.
kalau pengukurnya harta & rupa. jika pangkat & wang ringgit jadi taruhannya.
tidakkah itu materialis.
bukankah itu, tantangan dunia...
mungkin aku yg lurus. mengharap semua yg mulus. yang muluk. yang bersih.
tapi bukan itukah yg mahu dicicip semua org?
siapa yg mau yg buruk, huduh, kotor & rosak?
tapi kompromi antara semua ciri. aku terimalah seadanya.
meski bukan sekarang, mungkin akan datang.
yg separuh akan jadi tiga per empat.
yg. tiga per empat akan jadi dua per tiga, seterusnya kalau boleh...sempurna.
itu pun kalau boleh.
kalau perlu ku tunggu, kalau upaya ku nanti.
jika tidak, aku sedia melupakan.
kalau masa menjadi halangan. kalau masa jadi bebanan. nyatalah itu palsu.
tak pernah dengarkah falsafah 24 jam sehari.
setiap orang ada 24 jam sehari dlm hidupnya. cuma cara kita memanfaatkannya. mengurusnya.
masa di tangan kita.
kalau tidak ada masa, tipu semata. bohong belaka.

Wednesday, November 4, 2009

apalah dayaku jika takdirnya begini

aku sedar & amat tahu. ini akan terjadi jgk akhirnya. mana mungkin dua garisan selari akan bertemu di hujungnya. itulah yg berlaku. puas sudah kucuba pertahankn. seberapa boleh diperpanjangkan. semampu mungkin dikekalkan. namun yg menjurus ke arah itu, arah kegagalan sudah lama muncul bibit-bibitnya.
lantaran itu aku sudah bersedia. malah sudah lama bersedia. akhirnya titik akhir ini akan sampai. noktah daripada pertemuan tak sampai ke hujungnya. sekuat manapun azam. setinggi manapun harapan. segagah mana pun cuba dipertahan. ia tetap datang.
realiti itu. hakikat itu. jadi nyata jua akhirnya.
redalah aku. pasrahlah aku. andai ini yg terjadi. dayaku hanya setakat di sini. cukup sekadar kenangan itu. biar bersemi. tapi tak mungkin kan mekar.
apalah daya . . .

Monday, November 2, 2009

cerita basi seorang aku

rupanya dh berbulan aku tak update blog ni. aku ni tak pandai sgt menulis. kalau tulis pun straightforward je. tak pandai nak berkias. tak reti nak bermadah. tak pintas mengukir kata2 puitis. tp kebanyakan blog pun mcm gitu jgk. bahasa carca merba. lintang pukang. ikut sedap mulut (jari-jari?). kebanyakannya syok sendiri, oops.
tahun ni raya paling 'gumbira'. al-maklum dah kerja sendiri. dah pegang duit sendiri. bolehlah bg mummy & daddy sket. boleh bagi duit raya pd anak-anak buah. boleh beli baju raya yg 'mewah' bak selebriti. bukan nak bermegah. utk kepuasan diri. apa guna kalau bnyk duit tp simpan, sebaiknya gunakan sesekali utk 'memanjakan' diri. tengok tu, aku masih bercerita pasal raya, pd hal dah basi pun. tak ikut perkembangan langsung, ketinggalan.
apa pun internet & siber 'bukan makanan' aku. aku lebih suka berlayar & baca tulisan org. tk kiralah dlm blog ke, facebook ke atau apa sj medium. sesungguhnya aku kagum dgn tulisan korang. sdgkan aku, nak tulis sebaris dua ayat pun payah sgt.
kalua ada (ada ke?) yg baca blog ini, aku akan cuba berkongsi pengalaman (cewah ...). lebih kerap menulis. lebih selalu update. tp rasanya dh bnyk kali aku berazam begitu, tp pelaksanaannya? hampeh!
aku cuba okey! janji cuba ...

Tuesday, September 15, 2009

datin ini perlukan bantuan pskitaris

seorg datin, menelefonku. marah-marah. jgn tanya aku, mana dia dpt no. tel. aku tk tau. tk mau tau. dia tuduh aku perempuan jalang. dia sumpah aku perempuan jahat. aku tk kenal dia pun. dia pun tk kenal aku. mcm mana dia tau. aku memang nakal, tp bukan jahat. aku kacau laki dia ke? aku layan semua org sama. mungkin datin tu rasa tergugat. atau dengar gosip srtkhabr tabloid. itu salah dia lah. apa hal plka nk serang aku. kalau laki dia yg gatal, apa aku boleh buat. mungkin kat rumah selalu 'service' tk bagus, ada interuption, hang atau mcm astro bila hujan skt tkde siaran, itu dia punya pasalla. kalau dh lunyai tp tk pandai nk maintain, laki mana pun lari. tp larinya tu bkn sbb aku atau kpd aku. org lain mungkin. aku tk sanggup nk kongsi-kongsi ni. lebih-lebih dgn lelaki tua ganyut. datuk pun datukla, bukan taste aku...
haprak punya datin
aku kerja profesional la. takdenya nk layan org sampai atas katil. aku buat modeling, fashion show, cat walk. itu kerja aku. promo utk client aku. aku ada manager yg uruskn. aku kerja dgn company. mkn gaji. bukan disponsor olh mana2 datok, tan sri ke vip atau segala kerabatla. tolong sket. aku ada class, mak datin wei. bukan mcm nko, serang org mcm org tua tk sedar diri. jagala body, jaga muka, pepandaila jaga laki nko. tkkan aku nak ajar plak!

Monday, September 7, 2009

jadilah lelaki gentleman

aku langsung tak kisah akan siulan itu. aku langsung tak peduli akan usikan mereka. aku langsung tak endah semua itu. tapi makin kubiarkan makin riuh & lantang siulan itu. makin galak usikan mereka.
mengapa begitu. aku bukan perempuan murahan yg wajar diperlaku begitu. atau mereka hanya berani dari jauh. berani semasa ramai. cubalah jadi gentleman. ajak aku tengok movie. makan-makan. atau sekadar borak kosong.
lelaki bacullah yg hanya berani dr jauh. bila dekat terketar tubuh, terkelu lidah.
aku perempuan biasa. punya rasa malu. punya maruah diri. bukan itu caranya memikatku. jadilah lelaki meteroseksual. gagah berani. gentleman.
bukan lelaki penikus yg mengorat dengan siulan sumbang.
yg mengusik sekadar dari kejauhan.
aku bukan si rimau kumbang yg mencakar & menerkam mangsa sbg tindak balas.
aku perempuan. gadis biasa.

Friday, September 4, 2009

jujurkah kita pada diri sendiri?

aku suka baca blog bangsawan-nilai@blogspot.com. ceritanya jujur. dari hati. apa yg dilihat atau dialaminya. tak kiralah cerita pasal dirinya, marahnya, sakit hatinya. atau pasal org lelaki apalagi tentang bola. perihal dunia buku yg dia sendiri sbg editor. pasal anak-anaknya. tp aku paling suka pasal cerita nostalgianya. terkadang sedih, terkadang lucu. pendeknya, dia menulis apa saja yg terlintas di fikirannya. itu yg menyebabkan ianya kelihatan jujur. mungkin itu kelebihannya sbg editor yg bergelumang dgn dunia penulisan dan penerbitan. baca banyak buku. bertemu segala macam ragam penulis. segala macam kerenah masyarakat keliling.
kalaulah aku boleh menulis sepertinya...dan rajin menulis sepertinya (setiap hari mesti ada entri baru), bagusnya kan. tapi sekurang-kurangnya aku dapat belajar jadi penulis dan perakam peristiwa sepertinya.
aku tak suka blog yang hanya berkisar tentang dunia penulis blog itu. ibarat membaca diari harian mereka yang kosong. menggambarkan pemikiran mereka yang kosong. menayang muka sendiri yang lawa/hensem (perasan la tu) atau kisah apa yang mereka makan, fesyen yang mereka pakai. tapi itulah yang ramai pengikutnya. dgn segala macam widget dan bling-bling, award, chat box yang merimaskan. gila glamour. gunakan bahasa sms yg lintang pukang. sumpah seranah. kita tak belajar apa-apa.
terpulanglah...

Tuesday, August 25, 2009

baca rajin, tulis malas

aku tak rajin nak tulis hari-hari. cuma bulan puasa ni, ada banyak ruang. sebab seperti kebiasaannya aku 'bercuti' di bulan puasa. jadi tulis bolog bolehlah dijadikan sebahagian aktiviti memenuhi ruang kosong. aku amat suka blog hopping atau blog walking. suka sangat baca tulisan orang dan blog yang berwarna-warni. tapi aku sendiri malas nak tulis. malas nak update. malas nak mewarnakan blog. mungkin dlm bulan puasa ni akau jadi lebih rajin. pada rakan yang sudi datang, doakanlah aku rajin menulis. ye.....

Friday, August 21, 2009

aku belum cukup tegar

aku belum cukup tegar. meladeni perasaan. menguasai emosi. aku gagal memenuhi janji. maafkan aku. tatkala tiba waktu itu, aku dikuasai gelisah, ditahani resah. bukan, bukan aku membencimu. tidak, tidak aku menolakmu. berikan aku masa. luangkan aku ruang.
aku belum kuat. aku belum yakin.aku belum pasti.
sekali lagi maaf.
ku pohon pengertianmu. ku pohon kesabaranmu. ku pohon kerelaanmu.
buat sementara ini, aku lebih senang begini. aku lebih tenang begini. izinkan buat masa ini aku begini.
aku mengalah. aku kalah. aku undur sebelum waktu.
jangan, jangan kau silap tafsir. usah, usah kau undur diri.
sekali lagi ku pohon pengertian mu. doakan kita tetap bersama. satu masa. satu ketika

Tuesday, August 18, 2009

mengejar pelangi saduran emas

aku gugup. kaget. panik. hari nilah janji temu kita. buat pertama kali. perkenalan kita bemula di telefon. seorg di hujung sana. seorg di hujung sini. seorg di p.j. seorg di pantai. kenapa aku setuju. sdgkan sejak dua bulan dh aku menolak permintaannya itu. aku malas nak dating2. akau malas nk jumpa berdua. berdua-duaan. ish, tk biasala. dlm pd tu aku terus bersiap jugak. ku perhati jam di meja. hampir jam 11:00. aku tkde masalah dgnmu. aku tau kau org baik. kau tk pernah meninggi suara. kalau aku merajuk, kau akan pujuk. meski kadangkala rajukku berhari-hari. kalau aku melenting, marah-maha. kau hanya berdiam. menahan sabar. kau org baik. aku tahu itu. cumanya aku rasanya belum sedia. belum sedia…sampai kapan? sebetulnya aku belum yakin. belum yakin? apa lagi yg perlu ku tunggu utk meyakinkan diri ini bhw kaulah orgnya. lelaki itu... lelaki yg gentleman. bukan sekadar lelaki jalang yg bersiut setiap kali perempuan cantik lintas di dpnnya. kenapa apakah fikiranku jadi celaru, kala begini. sesudah pelawaanmu ku setujui?
detik semakin hampir. sekejapan lagi...aku makin gelisah. sejak mlm tadi lenaku tk jelma. resah...

Tuesday, April 21, 2009

titisan

titis air. dalam biru ada merah dan kuning. dalam putih ada hitam. dalam naluri ada segala...

Wednesday, March 11, 2009

teruja

resah yg tak berkehujungan
menata harapan yg tak pasti
meniti detik tanpa noktah
keterujaan semakin menguasai
desah bersambungan
lelah mendamba titis pemilir
gelisah menghimpit benak rasa
aku teruja

Tuesday, March 10, 2009

true colours


colours in me
full of colours
like a rainbow
nice to see
couldn't be touch

Friday, March 6, 2009

umbrella


when the sun shines, we'll shine together
told you i'll be here forever
said i'll always be a friend
took an oath, i'ma stick it out till the end

now that it's raining more than ever
know that we'll still have each other
you can stand under my umbrella

lagu rihanna sempena musim hujan...

Thursday, March 5, 2009

the truth

look into my eyes
you can see
the truth nothing but the truth
there is nothing to hide
i am truly honest
if that can't convince anyone anymore
what am i suppose to do?
begging you?
cry my heart out?
nay...!
look into my eyes
you will find
the answer is truth
nothing but the truth

Wednesday, February 18, 2009

they said...

they said...
this day would never come
they said...
i couldn't play their game
they said...
i am not strong enough
they said...
i was too soft
try me if you dare
i have nothing to hide
yet,
they said...
they can roll over me like i'm wasn't here
who? me?
i'll kick your ass anytime
you can say whatever you like
you can think whatever you want
you thought this day would never come
today...
i am here, still standing...
i will be here waiting for you
just say it to my face...you cowards

waiting...