Wednesday, November 4, 2009

apalah dayaku jika takdirnya begini

aku sedar & amat tahu. ini akan terjadi jgk akhirnya. mana mungkin dua garisan selari akan bertemu di hujungnya. itulah yg berlaku. puas sudah kucuba pertahankn. seberapa boleh diperpanjangkan. semampu mungkin dikekalkan. namun yg menjurus ke arah itu, arah kegagalan sudah lama muncul bibit-bibitnya.
lantaran itu aku sudah bersedia. malah sudah lama bersedia. akhirnya titik akhir ini akan sampai. noktah daripada pertemuan tak sampai ke hujungnya. sekuat manapun azam. setinggi manapun harapan. segagah mana pun cuba dipertahan. ia tetap datang.
realiti itu. hakikat itu. jadi nyata jua akhirnya.
redalah aku. pasrahlah aku. andai ini yg terjadi. dayaku hanya setakat di sini. cukup sekadar kenangan itu. biar bersemi. tapi tak mungkin kan mekar.
apalah daya . . .

No comments: