mengalah bukan bererti lemahnya aku.
diam bukan bermakna aku telan segala kenyataan itu.
jika berundur adalah jalan terbaik. aku sedia. aku rela. aku pasrah. aku redha.
kalau pengukurnya harta & rupa. jika pangkat & wang ringgit jadi taruhannya.
tidakkah itu materialis.
bukankah itu, tantangan dunia...
mungkin aku yg lurus. mengharap semua yg mulus. yang muluk. yang bersih.
tapi bukan itukah yg mahu dicicip semua org?
siapa yg mau yg buruk, huduh, kotor & rosak?
tapi kompromi antara semua ciri. aku terimalah seadanya.
meski bukan sekarang, mungkin akan datang.
yg separuh akan jadi tiga per empat.
yg. tiga per empat akan jadi dua per tiga, seterusnya kalau boleh...sempurna.
itu pun kalau boleh.
kalau perlu ku tunggu, kalau upaya ku nanti.
jika tidak, aku sedia melupakan.
kalau masa menjadi halangan. kalau masa jadi bebanan. nyatalah itu palsu.
tak pernah dengarkah falsafah 24 jam sehari.
setiap orang ada 24 jam sehari dlm hidupnya. cuma cara kita memanfaatkannya. mengurusnya.
masa di tangan kita.
kalau tidak ada masa, tipu semata. bohong belaka.
Wednesday, November 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment